Feeds:
Posts
Comments

Posts Tagged ‘malaysia’

(Update 31 Oktober 2009: Saya berasa agak  keciwa kerana tidak menadapat cukup sambutan daripada  pelawat blog ini. Hampir kesemua pelawat hanya setakat melawat sahaja dan tidak menyertai kursus yang disediakan. Oleh itu saya mungkin terpaksa menutup blog ini, jika keadaan tidak berubah)

_____________________________________________

Memandangkan masalah yang kini dialami masyarakat kita dalam bidang pendidikan,  saya terpanggil membuka laman blog ini untuk membantu pelajar Melayu . Ini kerana, sebagai seorang yang berpendidikan Inggeris, satu species yang hampir pupus, saya yakin melalui internet saya dapat behubung dengan ramai pelajar serta yang berminat untuk membimbing mereka dalam bahasa Inggeris.

Sebagai sumbangan kepada inisiatif  memperkukuhkan Bahasa Inggeris dikalangan pelajar di Malaysia, melalui laman ini kita akan menyediakan latihan bahasa Inggeris secara interaktif, ringkas dan mudah, merangkumi bahagian tatabahasa, dialog dan esei.

Latihan akan disediakan dengan kaedah yang berbeza daripada kaedah yang biasa diamalkan kini di sekolah sekolah. Saya tidak akan menggunakan jawapan berbentuk pilihan a,b c atau d. Sebaliknya, bentuk latihan yang digunapakai akan memerlukan pelajar banyak berfikir dan mengolah jawapan sendiri supaya mereka lebih fasih dan konfiden dalam bercakap atau menulis dalam bahasa Inggeris.

Dengan kemudahan interaktif internet, komen dan pembetulan keatas jawapan daripada pelajar akan disedia di akhir setiap latihan, seperti lazim kita laksanakan melalui  blog.

Pada peringkat permulaan,  bahasa Melayu akan digunakan sebagai bahasa pengantar bagi memudahkan pemahaman oleh pelajar, terutama yang belum banyak terdedah kepada berbahasa Inggeris.

Dengan laman ini, diharap pelajar dan mana mana pihak yang tidak berpeluang mendapat pendidikan bahasa Inggeris dengan baik dapat menyertai sessi yang akan disediakan. Bagaimanapun latihan yang disediakan hanya sebagai tambahan kepada pelajaran di sekolah dengan tujuan utama untuk memantapkan penguasaan bahasa Inggeris samaada dalam bentuk  penulisan atau lisan.

Sila kemukakan komen anda melalui ruang yang diisediakan bagi membolehkan saya menilai keperluan inisiatif ini.

Read Full Post »