Feeds:
Posts
Comments

Sila lihat bentuk pronoun di bawah serta terjemahannya:
I/me ——–   —    sayaWe/us—-  ——–kita/kamiYou—————-kamuHe/him/She/her—-dia/nyaIt——————ia/nyaThey/them——–mereka
Isikan ruang kosong terdapat di bawah:
1.  It was given to _ yesterday.
2.  _ walked together to the school yesterday.
3. The cat is wet after  _ fell into the water.
4. The girl is doing welll in school as  _ has read all the lessons given to _.
5. My friend and  _ visited the teacher yesterday.
6.  You should read the book given to _ earlier.
7.The students learned the songs which the teacher taught _after class.

Nota: Ulasan Cikgu akan di beri selepas menerima jawapan daripada pelajar.

 

Update 31 Oktober 2009: Saya berasa agak  keciwa kerana tidak menadapat cukup sambutan daripada  pelawat blog ini. Hampir kesemua pelawat hanya setakat melawat sahaja dan tidak menyertai kursus yang disediakan. Oleh itu saya mungkin terpaksa menutup blog ini, jika keadaan tidak berubah)

Tuliskan ‘a’ , ‘an’ atau ‘the’  ditempat yang  disediakan:
1. I went to visit  ___friend yesterday.
2. Ahmad bought __book  and ____map at  _____bookshop where his friend worked.
3. Please do not block _____the doorway, the teacher will pass by it soon.
4.Yusuf went to ___Ministry of Education yesterday.
5. He will pray at ____ mosque closest to his house as usual.
6. He takes  ___egg for breakfast every morning.
7. The waiter is taking ____ order from the customer at ____restraunt.
8.Malik intends to be _____engineer when he is grown up.
9. You are advised to take _____apple everyday.
10. I saw him taking ____umbrella from the store.
Nota: Ulasan Cikgu akan di beri selepas menerima jawapan daripada pelajar.

(Update 31 Oktober 2009: Saya berasa agak  keciwa kerana tidak menadapat cukup sambutan daripada  pelawat blog ini. Hampir kesemua pelawat hanya setakat melawat sahaja dan tidak menyertai kursus yang disediakan. Oleh itu saya mungkin terpaksa menutup blog ini, jika keadaan tidak berubah)

_____________________________________________

Memandangkan masalah yang kini dialami masyarakat kita dalam bidang pendidikan,  saya terpanggil membuka laman blog ini untuk membantu pelajar Melayu . Ini kerana, sebagai seorang yang berpendidikan Inggeris, satu species yang hampir pupus, saya yakin melalui internet saya dapat behubung dengan ramai pelajar serta yang berminat untuk membimbing mereka dalam bahasa Inggeris.

Sebagai sumbangan kepada inisiatif  memperkukuhkan Bahasa Inggeris dikalangan pelajar di Malaysia, melalui laman ini kita akan menyediakan latihan bahasa Inggeris secara interaktif, ringkas dan mudah, merangkumi bahagian tatabahasa, dialog dan esei.

Latihan akan disediakan dengan kaedah yang berbeza daripada kaedah yang biasa diamalkan kini di sekolah sekolah. Saya tidak akan menggunakan jawapan berbentuk pilihan a,b c atau d. Sebaliknya, bentuk latihan yang digunapakai akan memerlukan pelajar banyak berfikir dan mengolah jawapan sendiri supaya mereka lebih fasih dan konfiden dalam bercakap atau menulis dalam bahasa Inggeris.

Dengan kemudahan interaktif internet, komen dan pembetulan keatas jawapan daripada pelajar akan disedia di akhir setiap latihan, seperti lazim kita laksanakan melalui  blog.

Pada peringkat permulaan,  bahasa Melayu akan digunakan sebagai bahasa pengantar bagi memudahkan pemahaman oleh pelajar, terutama yang belum banyak terdedah kepada berbahasa Inggeris.

Dengan laman ini, diharap pelajar dan mana mana pihak yang tidak berpeluang mendapat pendidikan bahasa Inggeris dengan baik dapat menyertai sessi yang akan disediakan. Bagaimanapun latihan yang disediakan hanya sebagai tambahan kepada pelajaran di sekolah dengan tujuan utama untuk memantapkan penguasaan bahasa Inggeris samaada dalam bentuk  penulisan atau lisan.

Sila kemukakan komen anda melalui ruang yang diisediakan bagi membolehkan saya menilai keperluan inisiatif ini.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.